Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer. FOTO AFP
Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer. FOTO AFP
Agensi

London: Ole Gunnar Solskjaer berkata pasukannya Manchester United kini 'terdesak untuk menjulang trofi.'

United akan turun beraksi menentang Everton di suku akhir Piala Carabao malam ini yang kali terakhir menjulang trofi adakan ketika mereka di bawah kendalian Jose Mourinho pada 2017 iaitu kejayaan muncul juara Liga Europa.

Solskjaer yang sebelum ini menang sembilan trofi utama sebagai pemain bersama United, menyaksikan pasukannya itu tewas di tiga separuh akhir pada 2019-20.

"Kami mahu memperbaiki rekod itu dan kami mengharapkan dapat memenangi trofi itu," katanya.

"Untuk memperbaiki pencapaian tahun lalu adalah mara ke final dan apabila anda berada di sama hanya ada satu perkara paling penting iaitu menjulang trofi itu.

"Sangat penting untuk memastikan kita menjulang trofi berkenaan. Kami belum menang dalam dua atau tiga tahun kebelakangan ini dan itu sangat penting.

"Kami terdesak untuk mendapatkannya dan pemain terdesak untuk belajar bagaimana untuk menang."

Everton tidak pernah menjulang trofi utama sejak Piala FA pada 1994-95 dan tidak pernah layak ke separuh akhir sejak 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2020 @ 12:16 PM