PEMAIN United meraikan go kedua Fernandes (dua dari kanan). FOTO AFP
PEMAIN United meraikan go kedua Fernandes (dua dari kanan). FOTO AFP
AFP

Manchester: Manchester United membelasah Leeds United 6-2 dalam pertemuan pertama kedua-dua pasukan berkenaan di Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas 16 tahun.

Scott McTominay dan Bruno Fernandes meledak dua gol bagi membantu Red Devils melonjak ke tangga ketiga, lima mata di belakang pendahulu liga, Liverpool.

Sementara itu, Tottenham Hotspur rebah di laman sendiri apabila tumpas 0-2 kepada Leicester City, manakala Aston Villa mencatat kemenangan 3-0 ke atas West Brom.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Disember 2020 @ 7:38 AM