Aksi penyerang muda Borussia Dortmund, Youssoufa Moukoko (kiri) berdepan Zenit St Petersburg. FOTO AFP
Aksi penyerang muda Borussia Dortmund, Youssoufa Moukoko (kiri) berdepan Zenit St Petersburg. FOTO AFP
AFP

Saint Petersburg: Penyerang Borussia Dortmund, Youssoufa Moukoko berusia 16 tahun dan 18 hari menjadi pemain termuda dalam sejarah Liga Juara-Juara selepas dia dimasukkan ketika kemenangan 2-1 Dortmund ke atas Zenit Saint Petersburg, pagi ini.

Moukoko pemain kelahiran Cameroon yang membuat penampilan di peringkat Eropah sebagai pemain gantian pada minit ke-58 di Rusia, memecah rekod sebelum ini oleh Celestine Babayaro, 16 tahun dan 87 hari apabila beraksi buat Anderlecht pada November 1994.

Dortmund sudah layak dalam kelompok 16 terakhir, meledak jaringan beberapa minit selepas Moukoko dimasukkan dengan Lukasz Piszczek menyamakan jaringan babak pertama pemain tuan rumah, Sebastian Driussi.

Rembatan leret Axel Witsel memastikan kemenangan Dortmund pada minit ke-78 sekali gus mengesahkan kedudukan teratas mengatasi Lazio dalam Kumpulan F.

"Ia adalah kemenangan teruk mengenai mentaliti berbanding kualiti kami, tetapi anda harus memenangi perlawanan seperti ini juga." kata kapten Dortmund, Marco Reus told DAZN.

"Dengan beberapa pemain yang dilanda kecederaan, kemenangan seperti malam ini dan penamat di tempat teratas kumpulan memberikan perasaan yang bagus."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2020 @ 8:39 AM