MOUKOKO diberi bayangan akan diturunkan hujung minggu ini. FOTO Agensi
MOUKOKO diberi bayangan akan diturunkan hujung minggu ini. FOTO Agensi
AFP

Berlin: Youssoufa Moukoko mungkin akan menjadi pemain termuda beraksi dalam sejarah Bundesliga hujung minggu ini selepas Borussia Dortmund memberi isyarat bakal menurunkannya.

Moukoko akan berusia 16 tahun esok dan jika dia beraksi di Hertha Berlin Sabtu ini, dia akan mencatatkan rekod baru Bundesliga selepas berjaya mencipta rekod gol dalam saingan peringkat remaja.

Pemain kelahiran Cameroon itu sudah pun beraksi dengan skuad bawah 20 tahun Jerman musim ini dan menunjukkan prospek untuk membuat penampilan pertama di Bundesliga.

"Saya baca apa yang media tulis namun saya tidak mahu memberi tekanan kepada diri sendiri," katanya.

Walaupun penampilan pertamanya akan berlaku pada minggu berikutnya, pemain remaja itu tidak risau.

Nuri Sahin, yang berdepan ancaman rekodnya bakal dileburkan, mahu Moukoko membuat penampilan di Bundesliga kerana saingan Bawah 19 tahun sangat terlalu mudah buatnya.

Sahin, sekarang berusia 32 tahun, beraksi pada usia 16 tahun 335 hari ketika melakukan penampilan pertama bersama Dortmund pada 2005.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 November 2020 @ 11:37 PM