MOUKOKO menjadi wira Dortmund selepas meledakkan gol kemenangan. FOTO EPA
MOUKOKO menjadi wira Dortmund selepas meledakkan gol kemenangan. FOTO EPA
AFP

Dortmund: Gol 'fantasi' daripada pemain remaja, Youssoufa Moukoko membawa Borussia Dortmund ke tangga teratas Bundesliga awal pagi tadi menerusi kemenangan 1-0 mengatasi Schalke manakala Bayern Munich mengalami kekalahan pertama musim ini di tangan Augsburg.

Bayern yang kalah 0-1 menyebabkan mereka keciciran mata buat kali keempat berturut-turut dalam liga selepas tiga kali seri.

Selepas kekalahan itu, jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann menyalahkan perwatakan 'laissez-faire' dan kerjasama berpasukan skuad kendaliannya.

"Apabila saya melihat statistik, kami sepatutnya menang... Kami boleh cuba perkara mudah untuk bermain di ruang kosong di belakang (pertahanan Augsburg), tapi kami bermain sangat laissez-faire (secara individu) pada penghujung," kata Nagelsmann.

Nagelsmann berkata dia tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kejatuhan prestasi gergasi Bundesliga itu.

"Gaya itu tidak selari. Saya berfikir mengenai diri sendiri, mengenai situasi ini - mengenai semuanya," katanya.

Pengurus Augsburg, Enrico Maassen berkata pasukannya "menderita" kerana kemenangan itu.

"Saya bangga dengan pasukan saya. Kami mengambil risiko besar dan biar menderita," katanya.

Di Dortmund, pasukan tuan rumah tampak akan mensia-siakan satu lagi peluang selepas kejatuhan prestasi Bayern sebelum gol lewat pemain berusia 17 tahun, Moukoko menyaksikan mereka meraih tiga mata penuh.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 September 2022 @ 12:42 PM