AUBAMEYANG sindir CAF kerana mereka terpaksa tidur di lantai lapangan terbang. FOTO Agensi
AUBAMEYANG sindir CAF kerana mereka terpaksa tidur di lantai lapangan terbang. FOTO Agensi
AFP

Johannesburg: Drama bintang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dan rakan sepasukan skuad Gabon tidur di lantai lapangan terbang menambahkan lagi luka buat pasukan berkenaan yang cemerlang dengan dua kemenangan sebelum ini.

Pihak berkuasa Gambia tidak membenarkan pasukan pelawat itu meninggalkan terminal kerana mereka berkata, skuad Gabon itu tidak mematuhi syarat memerangi penyebaran wabak Covid-19.

Pegawai Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF), Omar Sey memberitahu wartawan di Banjul bahawa skuad berkenaan tidak menunjukkan keputusan ujian Covid-19, yang sudah dilakukan mereka sebelum meninggalkan Libreville.

Pemain Gabon itu terpaksa menyerahkan pasport dan terpaksa menunggu lama sehingga memaksa mereka tidur di atas lantai hampir enam jam selepas tiba pada tengah malam sebelum bergerak menuju ke hotel.

CAF mengambil maklum mengenai insiden berkenaan dengan menjalankan siasatan selepas ia dikrtik oleh bekas pemain terbaik Afrika, Aubameyang.

"Tahniah CAF, kita kembali ke era 90-an. Sekarang sudah 2020 dan kita mahu Afrika ada perubahan namun macam mana kita ingin berubah jika jadi seperti ini," katanya dalam Twitter.

Gabon tumpas 1-2 ketika menentang Gambia, menyaksikan kedua-dua pasukan berkenaan berkongsi kedudukan teratas, satu mata dibezakan dengan Republik Demokratik Congo ketika saingan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika berbaki dua perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 November 2020 @ 11:12 PM