ANDERSSON kini sedang melalui proses pengasingan diri. FOTO Agensi
ANDERSSON kini sedang melalui proses pengasingan diri. FOTO Agensi
AFP

Stockholm: Jurulatih Sweden, Janne Andersson akan terlepas perlawanan Liga Negara-Negara bertemu Croatia dan Perancis selepas didapati positif Covid-19, umum persekutuan bola sepak negara itu hari ini.

Andersson, 58, mengasingkan diri di rumah sejak minggu lalu sebagai langkah berjaga-jaga selepas dijangkiti wabak itu daripada saudaranya.

"Janne berada dalam keadaan baik. Dia meneruskan proses kuarantin di rumah," kata doktor pasukan kebangsaan, Anders Valentin dalam satu kenyataan.

Jurucakap FA Sweden, Ester Kristiansson memberitahu, Andersson tidak akan membimbing pasukannya bulan ini.

Sweden akan bertemu Denmark di Copenhagen pada aksi persahabatan sebelum bertemu Croatia dan Perancis masing-masing pada 14 dan 17 November di saingan Liga Negara-Negara.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2020 @ 11:01 PM