THURAM (tengah) kali pertama disenaraikan dalam skuad kebangsaan Perancis. FOTO AFP
THURAM (tengah) kali pertama disenaraikan dalam skuad kebangsaan Perancis. FOTO AFP
AFP

Paris: Marcus Thuram, anak kepada pemenang Piala Dunia 1998, Lilian Thuram, disenaraikan dalam skuad Perancis buat kali pertama bagi tugas antarabangsa oleh jurulatih, Didier Deschamps.

Penyerang, Borussia Moenchengladbach berusia 23 tahun itu, mampu membuat penampilan pertama penyandang juara Piala Dunia bagi perlawanan menentang Finland dalam aksi persahabatan Rabu depan atau saingan Liga Negara-Negara UEFA bertemu Portugal serta Sweden.

Thuram meledak tiga gol dalam 10 penampilan di Bundesliga musim ini.

Deschamps berkata, bekas penyerang Guingamp itu sudah mencapai ke satu tahu tahap lebih tinggi sejak menyertai Moenchengladbach pada Julai 2019.

"Dia mempunyai kemampuan untuk melakukan sesuatu dengan kekuatan dan impak dimilikinya," kata Deschamps, yang berada dalam skuad sama bersama-sama bapa Thuram pada 1998 untuk membawa Perancis muncul juara Piala Dunia.

Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe turut disenaraikan walaupun berdepan masalah kecederaan hamstring dan tidak beraksi ketika pasukannya kalah 1-2 kepada RB Leipzig dalam perlawanan Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2020 @ 11:19 PM