PRESTASI Zii Jia sejak akhir-akhir meresahkan peminat badminton negara.
PRESTASI Zii Jia sejak akhir-akhir meresahkan peminat badminton negara.
Fabian Peter


Kuala Lumpur: Tiada siapa tahu mengapa, tetapi Lee Zii Jia memadamkan hampir kesemua hantarannya di Instagram.

Selain daripada tiga kategori — Bruce, muzik dan Rap yang masih boleh diakses, bekas juara Seluruh England berusia 25 tahun itu memadamkan semua hantaran yang lain.

Pemain profesional negara yang menduduki ranking 13 dunia itu mengambil keputusan berehat seketika daripada badminton selepas tewas pusingan pertama di Terbuka Indonesia.

Ia kekalahan ketiga di peringkat awal berturut-turut pemain kelahiran Kedah itu selepas menyinar di Piala Sudirman pada Mei lalu.

Beberapa peminatnya mula mencetuskan spekulasi sama ada Zii Jia yang dikritik hebat sejak beberapa bulan dalam keadaan 'okay'.

Seorang peminat di Twitter bertanya: "Zii Jia, adakah anda 'okay'?"

Seorang lagi berkata: "Serangan negatif datang, dia tahu. Juga dia mahu berehat sebelum kedatangan Wong Tat Meng. Baik tutup atau padam, atau simpan (akaunnya) terlebih dahulu."

Bagaimanapun, akaun Instagram rasmi pasukannya Team LZJ masih aktif dan menerusinya, dia mengumumkan pelantikan bekas jurulatih perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tat Meng sebagai pengarah jurulatihnya yang baharu bulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Jun 2023 @ 4:48 PM