Aksi pemain perseorangan wanita negara, S Kisona di BATC. FOTO Aswadi Alias
Aksi pemain perseorangan wanita negara, S Kisona di BATC. FOTO Aswadi Alias
Saiful Afffendy Sapran


Kuala Lumpur: Impian skuad wanita negara untuk melangkah ke pentas final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) tidak kesampaian apabila tewas 0-3 kepada Korea Selatan pada aksi separuh akhir, hari ini.

Berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City di Shah Alam, S Kisona yang turun selaku pemain perseorangan pertama negara tidak dapat mengatasi Sim Yujin apabila tewas 16-21, 17-21 dalam tempoh 38 minit.

Beregu pecahan negara, Valeree Siow-Pearly Tan pula gagal mendapatkan mata menyamaan apabila tewas 15-21, 14-21 kepada Baek Ha Na-Seong Seung Yeon dalam tempoh 36 minit.

Siti Nurshuhaini Azman yang turun selaku perseorangan kedua negara dan diharap dapat mempamerkan kebangkitan semula tidak dapat menggalas tugas itu apabila tewas 11-21, 21-15, 13-21 kepada Lee Se Yeon.

Meskipun gagal melangkah ke pentas final, skuad negara sudah pun memenuhi sasaran layak ke Piala Uber di Bangkok, Thailand, Mei depan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Februari 2022 @ 12:45 PM