Lee Zii Jia. FOTO File NSTP
Lee Zii Jia. FOTO File NSTP

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tewas dalam aksi pertama Kumpulan A Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Bangkok, sebentar tadi.

Zii Jia tewas kepada jaguh Taiwan, Chou Tien Chen, 16-21, 21-12, 11-21 dalam masa 57 minit.

Ia sekali gus menyaksikan hasrat untuk menebus kekalahan kepada lawan sama dalam saingan suku akhir Yonex Terbuka Thailand, dua minggu lalu tidak kesampaian.

Zii Jia tiada pilihan lain selain bangkit memenangi dua lagi perlawanan berdepan wakil Denmark, Viktor Axelsen esok dan diikuti pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting pada Jumaat sekiranya berhasrat mara ke separuh akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 January 2021 @ 10:52 PM