LEE Zii Jia. FOTO Badminton Photo
LEE Zii Jia. FOTO Badminton Photo
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya menempah slot ke separuh akhir Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman selepas menang aksi suku akhir sebentar tadi.

Zii Jia yang diletakkan selaku pilihan kedua berjaya menumbangkan wakil Thailand, Kantaphon Wangcharoen dengan kemenangan straight set 21-13, 22-20 dalam aksi selama 41 minit.

Menantinya di separuh akhir esok adalah pemenang di antara pilihan ketiga Ng Ka Long dari Hong Kong dan pilihan keenam, K Srikath (India) yang akan turun ke gelanggang sebantar nanti.

Ia adalah peluang terbaik buat Zii Jia merangkul kejuaraan di kejohanan berstatus Super 500 selepas pilihan utama, Chou Tien Chen dari Taiwan tumpas di pusingan pertama kepada pemain Singapura, Loh Kean Yew.

Zii Jia sekarang ini bergelut dengan prestasi tidak menentu selepas mengharungi empat kejohanan berturut-turut iaitu Piala Sudirman, Piala Thomas, Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis.

Selepas mengharungi empat kejohanan berturut-turut, Zii Jia berpeluang untuk memperbaiki prestasinya apabila dikejutkan dengan kekalahan kepada pemain ranking ke-40 dunia, Kean Yew pada pusingan pertama Terbuka Perancis minggu lalu.

Sebelum itu, dia berjaya mara sehingga ke suku akhir Terbuka Denmark tetapi tewas di tangan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Viktor Axelsen.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 November 2021 @ 8:19 PM