PEMAIN Shakhtar Donetsk, Maycon diasak pemain Real,   Casemiro (jersi putih). FOTO AFP
PEMAIN Shakhtar Donetsk, Maycon diasak pemain Real, Casemiro (jersi putih). FOTO AFP
AFP

Madrid: Zinedine Zidane menggesa pemainnya kekal bertenang selepas Real Madrid tewas 2-3 kepada Shakhtar Donetsk dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara sekaligus kekalahan kedua berturut-turut mereka menjelang pertembungan Clasico dengan Barcelona, Ahad ini.

Juara Ukraine, Shakhtar beraksi tanpa beberapa tonggak susulan jangkitan koronavirus tetapi mencipta kejutan di Stadium Alfredo di Stefano selepas meledak tiga kali dalam tempoh 13 minit pada babak pertama.

"Kami tumpul segalanya tetapi keyakinan kami tidak terjejas, itu yang paling penting,'' kata Zidane.

"Kami perlu kekal tenang, ia malam yang buruk dan kami perlu mengubahnya.''

GELAGAT  Solomon (kiri) meraikan jaringan bersama  Dentinho. FOTO AFP
GELAGAT Solomon (kiri) meraikan jaringan bersama Dentinho. FOTO AFP

Jaringan Tete dan Manor Solomon serta jaringan sendiri Raphael Varane meletakkan Shakhtar di depan sebelum rehat manakala Luka Modric dan Vinicius Junior merapatkan kedudukan pada babak kedua.

Fede Valverde nyaris menyamakan kedudukan pada masa kecederaan tetapi jaringannya dibatalkan VAR selepas Vinicius terlebih dahulu ofsaid.

Kekalahan itu meningkatkan tekanan ke atas Zidane selepas tewas kepada Cadiz dalam saingan La Liga minggu lalu.

"Saya bertanggungjawab. Babak pertama kami sangat negatif, jadi saya gagal menjalankan tugas dengan baik.

''Saya jurulatih, saya perlu mencari penyelesaian,'' katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2020 @ 8:32 AM