Jurulatih Republik Czech, Jaroslav Silhavy (kiri) memberi arahan kepada pemainnya. FOTO AFP
Jurulatih Republik Czech, Jaroslav Silhavy (kiri) memberi arahan kepada pemainnya. FOTO AFP
AFP

Prague: Jurulatih Republik Czech, Jaroslav Silhavy sekali lagi terlepas perlawanan Liga Negara-Negara skuadnya yang akan berdepan Scotland ketika diuji positif Covid-19 menurut Persatuan Bolasepak negara itu hari ini.

"Malangnya, kunjungan ke Scotland adalah menjadi perhatian.. seorang pemain dan ketua jurulatih, Jaroslav Silhavy, didapati positif," menurut persatuan itu dalam satu kenyataan.

Tambah mereka, baki keseluruhan pasukan itu akan memulakan perjalanan ke Scotland hari ini. Perlawanan di Hampden dijadualkan berlangsung awal pagi Khamis ini.

Silhavy, tidak mempunyai apa-apa simptom sudah terlepas perlawanan Republik Czech di gelanggang sendiri menentang Scotland pada awal September lalu kerana kebimbangan mengenai penularan virus itu.

Skuad Czech tewas 1-2 selepas mempertaruhkan skuad simpanan yang menampilkan 21 pemain baru ketika keseluruhan pemain skuad utama dan pasukan kejurulatihan direhatkan berikutan ujian mendapati dua kes positif membabitkan pasukan itu.

Scotland yang menerajui Liga B Kumpulan 2 dengan satu mata mengatasi Czech, akan berusaha melebarkan rekod tanpa kalah dalam tujuh perlawanan selepas menumpaskan Slovakia 1-0 semalam.

Sementara Czech pula menewaskan Israel 2-1 di Haifa semalam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2020 @ 9:05 AM