Adam Norrodin pamer aksi konsisten
Adam Norrodin pamer aksi konsisten
Saiful Affendy Sapran


PRESTASI konsisten terus dipamerkan pelumba negara, Adam Norrodin apabila menamatkan perlumbaan pusingan keempat Kejuaraan Moto2 Eropah CEV di tempat kelapan pada saingan di Litar Jerez.

Ia mengulangi pencapaian sama pada pusingan ketiga semalam di litar sama sekali gus meraih lama mata berharga lagi.

Pelumba Liqui Moly Intact SIC Junior Team itu yang dalam misi untuk kembali ke Kejohanan Motosikal Dunia bagaimanapun ketinggalan di awal saingan.

Namun dia kembali bangkit untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan, ketinggalan 21.721 saat (s) di belakang Yari Montella dari Itali yang memenangi perlumbaan itu dengan catatan 29 minit 32.038s.

Montella juga memenangi perlumbaan semalam untuk terus unggul mendahului saingan dengan mengumpul 150 mata.

Adam pula menduduki tempat kelapan dengan meraih 42 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Ogos 2020 @ 10:18 PM