Hafizh Syahrin kini tempat kelapan pelumba Moto2.
Hafizh Syahrin kini tempat kelapan pelumba Moto2.
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Pelumba PETRONAS Raceline Malaysia Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Aragon, Sepanyol, di kedudukan ke-14, hari ini.

Keputusan itu bermakna Hafizh meraih dua mata berharga selepas bermula di petak ke-12. Selepas 14 pusingan, Hafizh menduduki tempat kelapan kedudukan pelumba Moto2 dengan mengumpul 103 mata.

Sementara itu, dua pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi serta Adam Norrodin gagal mengutip sebarang mata.

Khairul yang beraksi bersama pasukan Honda Team Asia, sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-22 selepas bermula di petak ke-27 sementara Adam (SIC Racing Team) di kedudukan ke-23.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 September 2016 @ 7:46 PM