Lionel Messi (tengah) meluahkan hasrat untuk meninggalkan Barcelona. FOTO AFP
Lionel Messi (tengah) meluahkan hasrat untuk meninggalkan Barcelona. FOTO AFP
AFP

JURGEN Klopp berkata 'tiada peluang' untuk Liverpool menandatangani Lionel Messi namun pengendali Jerman itu mengakui kehadiran bintang Barcelona itu akan merancakkan lagi saingan Liga Perdana.

Messi menyatakan hasrat untuk meninggalkan gergasi Sepanyol itu selepas kecewa dengan masalah yang dihadapi kelab itu di dalam mahupun di luar padang.

Bintang Argentina itu dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City sekali gus bergandingan semula dengan Pep Guardiola selain beberapa kelab lain turut berminat seperti Paris Saint-Germain (PSG), Inter Milan dan Juventus.

Klopp mendedahkan dia mahu memiliki pemain itu tetapi berpendapat Messi tidak akan ke Anfield.

"Berminat? Siapa yang tidak mahukan Messi dalam pasukan mereka? Tetapi mungkin tidak untuk Liverpool," kata bekas pengendali Borussia Dortmund itu.

Klopp percaya kehadiran Messi pasti akan menjadikan persaingan Liga Perdana lebih sengit jika dia menyertai Manchester City.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2020 @ 11:11 PM