KLOPP membantu Liverpool memenangi kejuaraan liga selepas tiga dekad. FOTO AFP
KLOPP membantu Liverpool memenangi kejuaraan liga selepas tiga dekad. FOTO AFP
AFP

JURGEN Klopp dinobatkan pengurus terbaik Liga Perdana Inggeris musim ini selepas membantu Liverpool meraih gelaran liga kali pertama selepas tiga dekad.

Pengurus berusia 53 tahun dari Jerman itu menewaskan pesaing terdekat, Frank Lampard (Chelsea), Brendan Rodgers (Leicester City) yang menyaksikan Klopp menggantikan tempatnya di Liverpool pada 2015 dan Chris Wilder (Sheffield United).

Musim lalu Liverpool gagal memenangi kejuaraan liga selepas tewas di hujung musim kepada Manchester City.

Reds meraih 99 mata, mencatatkan 32 kemenangan daripada 38 perlawanna liga dan mempunyai kelebihan 18 mata di tangga teratas liga berbanding Manchester City.

Klopp yang membantu Liverpool memenangi trofi Liga Juara-Juara musim 2018/2019, pada Julai lalu menerima anugerah pengurus terbaik oleh Persatuan Pengurus Liga.

Anugerah itu adalah hasil undian awam serta gabungan panel yang pakar di dalam arena bola sepak.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Ogos 2020 @ 8:59 PM