SELAIN mengucapkan tahniah dan bangga dengan peluang yang dimiliki Safawi itu, penyokong turut melihat situasi yang dilalui Safawi dan Luqman. FOTO AIZUDDIN SAAD
SELAIN mengucapkan tahniah dan bangga dengan peluang yang dimiliki Safawi itu, penyokong turut melihat situasi yang dilalui Safawi dan Luqman. FOTO AIZUDDIN SAAD
Syazwan Msar


BERITA yang mengeggarkan arena bola sepak negara menerusi tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT) Safawi Rasid yang akan berkelana ke kelab liga utama Portugal, Portimonense jelas mengundang pelbagai reaksi termasuk menyamakan situasi berkenaan dengan bintang muda negara, Luqman Hakim Shamsuddin.

Jelas sekali, penyokong bola sepak negara laluan yang dimiliki Safawi sama yang dikecapi Luqman Hakim yang akan membuat penampilan bersama kelab KV Kortrijk yang beraksi di liga utama Belgium.

Selain mengucapkan tahniah dan bangga dengan peluang yang dimiliki Safawi itu, penyokong turut melihat situasi yang dilalui Safawi dan Luqman turut membuka peluang dan ruang pemain tempatan berhijrah ke luar negara untuk mengembangkan bakat masing-masing.

Namun, tidak kurang juga mengundang banyak komen-komen yang sinis yang melihat tawaran itu hadir selepas Luqman Hakim berlepas ke Belgium 2 minggu lalu.

Melihat kepada situasi berkenaan, Pemilik JDT Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan situasi sebenar menerusi laman sosial Instagram terhadap netizen yang mempersoalkan tawaran membabitkan Safawi itu.

"Ini lain. Kelab monitor (pantau) pemain kami dan OFFER (tawar). Bukan guna atau suruh kroni Tun ambil pemain kami. Tolong jangan samakan," katanya.

Pada masa sama, Tunku Ismail turut mengucapkan tahniah kepada Terengganu yang berjaya 'bangunkan' pemain seperti Safawi sebelum JDT mengubahnya menjadi bintang.

"Tahniah kepada Terengganu developing Safawi to be a footballer. Tahniah kepada JDT developing Safawi to be a Champion. Syabas,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Ogos 2020 @ 8:35 PM