TUNKU Ismail mengakui Luqman mempunyai sikap yang baik tapi tiada kualiti perlawanan. FOTO NSTP
TUNKU Ismail mengakui Luqman mempunyai sikap yang baik tapi tiada kualiti perlawanan. FOTO NSTP
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan rasa kasihan melihat penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin terpaksa bergelut untuk beraksi di peringkat tertinggi di Eropah hingga menyebabkan keupayaannya tenggelam.

Tunku Ismail berkata, Luqman yang kini beraksi bersama kelab Iceland Njardvik FC adalah pemain yang mempunyai bagus dan berkualiti namun ketika ini tidak mampu mengekalkan permainan pada tahap optimum.

"Tapi saya nak kongsi iaitu tak semestinya bermain diluar negara bergantung kepada kategori liga mereka akan baik. Sebagai contoh Titus James dahulu bermain di Perancis, tapi pa sumbangan dia kepada pasukan kebangsaan.

"Sama juga kita tengok Luqman…kasihan juga saya tengok kerana dia adalah pemain baik dan ada attitude (sikap) yang baik tapi tiada kualiti perlawanan atau pun minit perlawanan…peluang di Eropah bukannya senang," katanya dalam temubual bersama Tunku Ismail yang disiarkan di laman Facebook JDT.

Mengikut rekod, pada awal tahun ini menyaksikan pemain berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu, diumumkan menyertai kelab Iceland, Njardvik FC secara pinjaman.

Luqman sebelum ini mencipta sensasi apabila menandatangani kontrak profesional bersama Kortrijk pada 2020 sekali gus menjadi pemain Malaysia pertama bermain di Belgium.

Penampilan senior pertamanya untuk Kortrijk pada 24 Oktober 2020 ketika menentang Anderlecht selepas masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-74 namun selepas itu Luqman lebih banyak beraksi bersama skuad pembangunan sekali gus menjejaskan prestasinya.

Berikutan kekurangan minit perlawanan selain sukar mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan mendorong beberapa pihak mencadangkan supaya pemain terbabit pulang ke tanah air supaya prestasinya kembali ke tahap terbaik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 April 2023 @ 1:16 PM