HAMILTON ungguli GP Sepanyol. FOTO AFP
HAMILTON ungguli GP Sepanyol. FOTO AFP
AFP

PELUMBA Mercedes, Lewis Hamilton melakar kemenangan kali ke-88 dalam kariernya di Formula Satu dan penamat podium ke-156 selepas mengungguli Grand Prix (GP) Sepanyol.

Ia juga adalah kemenangan kelima juara dunia enam kali itu di Sepanyol dan keempat berturut-turut.

Hamilton menamatkan perlumbaan dengan kelebihan 24 saat berbanding seteru terdekat, Max Verstappen dari Red Bull di tempat kedua.

Rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas pula meraih podium ketiga selepas ketinggalan 20 saat di belakang Verstappen.

Kemenangan itu menyaksikannya mendahului kejuaraan pemandu dengan kelebihan 37 mata berbanding Verstappen di tempat kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Ogos 2020 @ 11:20 PM