ALONSO tidak hirau mengenai usia apabila kembali beraksi di F1. FOTO AFP
ALONSO tidak hirau mengenai usia apabila kembali beraksi di F1. FOTO AFP
AFP

JUARA dunia dua kali, Fernando Alonso mengakui bahawa usia tidak akan dijadikan ukuran selepas dia didedahkan akan kembali ke keluarga Renault tahun depan tatkala usianya mencecah 39 tahun.

Alonso dinamakan sebagai rakan sepasukan Esteban Ocon bagi saingan 2021, di mana dia pernah mengecap kejayaan pada 2005 dan 2006 selaku juara dunia Formula Satu (F1) dengan pasukan dari Perancis itu.

Pelumba kelahiran Sepanyol itu, yang berjaya merangkul 32 kejuaraan dan 97 kali menaiki podium dalam 314 perlumbaan Grand Prix (GP), akan menggantikan Daniel Ricciardo (yanga berpindah ke McLaren).

Bagaimanapun, dia masih lagi muda berbanding bekas rakan sepasukan, Kimi Raikkonen yang masih lagi berlumba pada usia 40 tahun.

"Dalam sukan pemotoran, usia bukan menjadi masalah, paling penting catatan masa.

"Memang akan ada pemandu muda masuk dalam perlumbaan ini tapi di Mercedes contohnya, buat apa perlu menggantikan pelumba muda sedangkan Lewis Hamilton masih lagi bagus pada usia 35 tahun.

"Paling penting anda kekal cergas dan bermotivasi, jangan fikir mengenai usia, ia tidak penting," kata Alonso.

Rakan sepasukannya, Ocon baru berusia 10 tahun ketika Alonso meraih kejuaraan pada 2006.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2020 @ 11:10 AM