ALONSO berusia 40 tahun.
ALONSO berusia 40 tahun.
Agensi

London: Pelumba Formula 1 Alpine, Fernando Alonso menegaskan umur dan pengalaman bakal memberikannya kelebihan menjelang musim 2022.

Jaguh dari Sepanyol itu yang berusia 40 tahun pada Julai lalu kini pelumba paling tua di atas litar mengatasi juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton yang tiga tahun lebih muda daripadanya.

Alonso tampil kali pertama di grand prix bersama Minardi pada 2001. Dia terlepas musim 2002 ketika menjadi pemandu ujian Renault dan berehat seketika daripada F1 selepas musim terakhir bersama McLaren pada 2018 sebelum kembali menyertai Alpine tahun lalu.

"Dari segi usia saya rasa bagus. Jujurnya saya rasa miliki kelebihan," katanya ketika ditanya Motorsport.com mengenai posisi baharunya sebagai pelumba senior.

"Apabila saya ke litar. saya kenal litar itu. Sekarang semua orang menguji tayar 18 inci dan saya sangat kenal dengan tayar ini daripada WEC."

Alonso turut berkata meneruskan perlumbaan pada peringkat tertinggi memerlukan pengorbanan terutamanya dengan musim kalendar yang sibuk.

Untuk musim 2022 yang juga ke-18 buat Alonso sebagai pelumba F1dalam kariernya menyaksikan rekod 23 perlumbaan diadakan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 January 2022 @ 12:42 PM