Fernando Alonso. FOTO Agensi
Fernando Alonso. FOTO Agensi
Agensi

Paris: Fernando Alonso berkata dia memperoleh keistimewaan apabila pergi dan kembali semula dalam Formula Satu (F1) mengikut syarat ketika dia menikmati musim kepulangannya bersama Alpine pada 2021.

Alonso yang juga juara dunia dua kali kembali ke perlumbaan F1 tahun lalu selepas menghabiskan dua musim dengan siri penjelajahan dalam beberapa kategori perlumbaan lain.

Selepas meninggalkan F1 pada penghujung 2018 susulan empat musim bersama McLaren, Alonso berlumba di 24 Hours of Le Mans, Indianapolis 500 dan Rali Dakar.

Alonso menikmati musim kepulangan bersama Alpine ketika dia melakar penamat podium di Qatar begitu juga memainkan peranan penting dalam kemenangan mengejut rakan sepasukan, Esteban Ocon di Hungary.

Terdahulu pada awal bulan ini Alonso berkata dia menikmati kepulangan ke F1 jauh daripada jangkaannya dan menyifatkan ia musim yang baik buat dirinya.

"Di dalam dan luar litar, saya sangat gembira bersama pasukan," kata Alonso.

"Saya mendapat keistimewaan untuk kembali semula dalam sukan ini apabila saya memutuskannya. Bila saya akan berhenti. Bila saya mahu kembali. Ini adalah keistimewaan yang luar biasa.

"Kebiasaannya hanya beberapa kumpulan kecil pemandu yang boleh memandu dalam F1, dan bukan mudah mengambil tanggungjawab ini. Saya sangat berterima kasih kepada semua pihak kerana memberikan peluang ini."

"Begitu juga sepanjang mengharungi musim ini, untuk saya meningkatkan prestasi menerusi catatan masa dan penamat yang lebih kuat ia adalah cara terbaik untuk membuat persediaan bagi musim 2022."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 January 2022 @ 2:44 PM