Achraf Hakimi. FOTO AFP
Achraf Hakimi. FOTO AFP
Agensi

INTER mengesahkan sudah menandatangani pemain pertahanan, Achraf Hakimi dari Real Madrid yang dilaporkan membabitkan yuran sekitar £36 juta (RM192.27 juta).

"Achraf Hakimi secara sah menjadi pemain Inter," menurut kenyataan rasmi kelab itu.

"Pemain kelahiran Maghribi yang lahir pada 1998, telah menyertai Nerazzurri secara kontrak tetap dari Real Madrid dan menandatangani kontrak sehingga 30 Jun 2025."

Hakimi pemain antarabangsa Maghribi yang kerap beraksi di pertahanan kanan, menyertai akademi di Madrid sejak berusia lapan tahun.

Dia sebelum ini dipinjamkan di Borussia Dortmund selama dua musim dan melakukan 53 penampilan di Bundesliga.

"Kelab mengucapkan terima kasih kepada Achraf diatas dedikasinya, sikap profesional dan mempamerkan dedikasi tinggi sejak dia menyertai akademi kami pada 2006.

"Kelab mengucapkan yang terbaik untuk kariernya," menurut kenyataan Real Madrid.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Julai 2020 @ 6:47 PM