WERNER sertai Chelsea bulan depan. FOTO Agensi
WERNER sertai Chelsea bulan depan. FOTO Agensi
Agensi

CHELSEA mencapai persetujuan menandatangani Timo Werner dari RB Leipzig.

Penyerang berusia 24 tahun itu bersetuju dengan terma peribadi bersama The Blues selain perlu menjalani ujian perubatan dan akan menyertai pasukan pada Julai depan apabila musim liga Jerman berakhir.

Werner yang menyertai Leipzig dari Stuttgart pada 2016 setakat ini menjaringkan 32 gol dalam semua kejohanan musim ini.

"Saya gembira dapat menyertai Chelsea, ia detik membanggakan untuk bersama kelab hebat ini," kata pemain antarabangsa Jerman itu.

Werner yang terkenal dengan kepantasannya turut boleh beraksi di bahagian sayap berterima kasih kepada kelab dan penyokong di Leipzig. Menurutnya, mereka sentiasa berada di hatinya.

Katanya lagi: "Saya teruja dan memandang ke hadapan untuk bersama rakan sepasukan yang baharu musim depan, pengurus baharu dan sudah tentu penyokong Chelsea.

"Bersama kita miliki kejayaan di masa hadapan."

Pengarah Chelsea, Marina Granovskaia berkata, kelab amat gembira memperolehi salah seorang pemain Eropah paling dikehendaki yang memilih Stamford Bridge.

"Dia mempunyai gabungan karakter yang jarang dimiliki, muda, ceria dan terbukti kemampuannya," katanya lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2020 @ 6:06 PM