PIALA Dunia sebab utama Werner kembali ke Bundesliga. FOTO AP
PIALA Dunia sebab utama Werner kembali ke Bundesliga. FOTO AP
AFP

Berlin: Penyerang yang baru ditandatangani semula Leipzig, Timo Werner berkata, pengurus Jerman, Hansi Flick mendorongnya untuk kembali ke RB Leipzih menjelang Piala Dunia Qatar November depan.

Dalam sidang media pertama sejak kembali menyertai juara Piala Jerman, Werner berkata, dia berbincang perkara berkenaan dengan Flick sejak dia berada di Chelsea.

Bekas pengurus Bayern Munich itu berkata, beliau memerlukan pemain yang mendapat rentak di Qatar selepas Werner kekurangan minit permainan di Chelsea.

"Beliau (Flick) memberitahu saya perlu lakukan apa yang dirasakan selesa. Beliau merasakan idea untuk kembali ke Leipzig adalah satu tindakan yang tepat," kata Werner.

Werner berkata, keinginan untuk beraksi di Qatar adalah punca utama dia kembali ke Bundesliga, selepas mengakui kurang mendapat minit permainan di Stamford Bridge.

"Piala Dunia tidak selalu hadir dalam karier dalam seseorang pemain," katanya.

Dia memuji 'kualiti hebat' pasukan baharunya dengan memberitahu wartawan 'ini adalah skuad terbaik yang pernah dimiliki Leipzig'.

Werner dijangka akan disenaraikan dalam skuad untuk perlawanan Leipzig di tempat sendiri menentang Cologne pada petang Sabtu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2022 @ 8:37 AM