WERNER akan beraksi bersama Spurs untuk baki musim ini. -FOTO AFP
WERNER akan beraksi bersama Spurs untuk baki musim ini. -FOTO AFP
Agensi

London: Tottenham bersetuju untuk menandatangani Timo Werner secara pinjaman daripada RB Leipzig dengan pilihan perjanjian kekal pada penghujung musim.

Penyerang berusia 27 akan terbang ke London untuk pemeriksaan perubatan dan Spurs akan menanggung gajinya untuk baki kempen.

Werner mempunyai pengalaman Liga Perdana bersama Chelsea selepas menyertai The Blues dengan perpindahan £45 juta dari RB Leipzig pada 2020.

Pemain Jerman itu menjaringkan 23 gol dalam 89 penampilan untuk Chelsea dan kembali ke Leipzig pada 2022.

Dia menjaringkan dua gol dalam 14 penampilan musim ini untuk pasukan Bundesliga itu dan mendedahkan pada hari Sabtu lalu dia tidak terbabit dalam perlawanan persahabatan menentang St Gallen kerana membincangkan urusan perpindahan.

Bos Leipzig, Marco Rose, mengesahkan perpindahan penyerang itu ke utara London.

"Memang betul bahawa Timo mahu pergi secara pinjaman. Timo ingin pergi ke Kejohanan Eropah," kata Rose.

"Kami mendoakan yang terbaik untuknya dan sentiasa berusaha untuknya.

"Werner membuat 57 penampilan bersama Jerman tetapi kali terakhir bermain untuk negaranya adalah ketika mereka tewas dalam persahabatan kepada Belgium pada Mac 2023.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 January 2024 @ 2:40 PM