McGregor melakukan persiapan menjalani latihan. FOTO themaclifeofficial
McGregor melakukan persiapan menjalani latihan. FOTO themaclifeofficial
Agensi

Paris: Conor McGregor mendedahkan beberapa klip video latihannya ketika di mengadakan persiapan berdepan Dustin Poirier pada penampilan semula di UFC.

Warga Ireland itu memuat naik video di Instagram, di mana dia mempamerkan aksi bertahan, mengelak, melakukan serang balas dan membuat tumbukan.

Sesi latihan tinju McGregor berikutan menunjuk dia makin hampir bersetuju dengan syarat untuk kembali semula di pentas octagon UFC.

Jaguh berusia 32 tahun itu ditawarkan tampil dalam pertarungan berdepan Dustin Poirier pada 23 Januari depan, yang menewaskannya pada 2014 di featherweight.

Conor McGregor. FOTO File Agensi
Conor McGregor. FOTO File Agensi

McGregor menerusi twitter bersetuju dengan pertarungan itu namun masih belum menandatangani kontrak secara rasmi.

Bekas juara berat dua kali itu tidak bertinju sejak tewas kepada Donald Cerrone, 37, pada Januari lalu.

McGregor mengumumkan persaraan pada Jun, pernah dihimpit rasa kecewa selepas poster kejuaraan lightweight membabitkan dirinya disekat.

Namun dia mempunyai peluang untuk kembali bersaingan, selepas Khabib Nurmagomedov mengumumkan persaraan susulan kejayaan ke atas Justin Gaethje.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2020 @ 3:19 PM