VANESSA mengakui tertekan melihat gambar di tempat kejadian yang dirakamkan oleh timbalan sheriff. FOTO AFP
VANESSA mengakui tertekan melihat gambar di tempat kejadian yang dirakamkan oleh timbalan sheriff. FOTO AFP
AFP

VENESSA Bryant menyaman bahagian sheriff Los Angeles County berikutan gambar-gambar tempat kejadian yang disalahguna tatkala helikopter terhempas itu mengorbankan suaminya yang juga legenda bola keranjang, Kobe Bryant serta anak perempuan mereka Gianna.

Majalah People memperoleh tuntutan undang-undang Vanessa Bryant semalam yang memohon ganti rugi kerana tekanan emosi dan penderitaan mental selepas mendapat tahu lapan timbalan pegawai sheriff mengambil gambar tempat kejadian sebelum dikongsikan kepada orang lain.

Kobe dan Gianna Bryant adalah di antara sembilan yang terkorban 26 Januari lalu selepas helikopter terhempas di barat Los Angeles.

Berdasarkan laporan mahkamah yang diperoleh People, tidak lebih lapan timbalan sheriff berada di tempat kejadian mengambil gambar mayat kanak-kanak, ibu bapa dan jurulatih menggunakan telefon bimbit.

Bahagian berkenaan mengakui tidak ada hak buat mereka untuk tujuan penyiasatan atau kegunaan sendiri mengambil gambar di tempat kejadian.

Mereka yang mempunyai hak mengambil gambar tempat kejadian ialah Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) Amerika Syarikat dan pejabat koroner.

Sheriff Alex Villanueva mengakui Mac lalu bahawa timbalan sheriff mengambil gambar tempat kejadian, selepas Los Angeles Times melaporkan adanya gambar-gambar berkenaan.

Lamab web berita hiburan TMZ.com melaporkan seorang pelayar bar membuat aduan selepas terdengar timbalan sheriff pelatih menunjukkan gambar berkenaan kepada pelanggan di bar itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mei 2020 @ 10:42 AM