Koeman ketika membimbing skuad Belanda. FOTO File AFP
Koeman ketika membimbing skuad Belanda. FOTO File AFP
AFP

JURULATIH skuad kebangsaan Belanda, Ronald Koeman terpaksa mendapatkan rawatan di hospital selepas mengalami masalah pada jantung, isterinya memberitahu akhbar De Telegraaf, hari ini.

Pengendali berusia 57 tahun itu menjalani proses pemeriksaan jantung di hospital dekat Amsterdam selepas mengadu kurang sihat di kediamannya.

"Tindakan pantas membawanya ke hospital dan pemeriksaan segera oleh doktor membantu memulihkan keadaannya yang kini semakin stabil," kata Bartina Koeman.

Jurulatih Belanda, Ronald Koeman. FOTO File AFP
Jurulatih Belanda, Ronald Koeman. FOTO File AFP

Koeman, yang melatih skuad Belanda sejak 2018, dijangka keluar dari hospital esok selepas menerima rawatan.

"Ia sangat mengejutkan," kenyataan Persekutuan Bolasepak Belanda menerusi twitter.

"Mujur, keadaan kembali bertambah baik. Kuatkan semangat dan cepat sembuh, coach."

Koeman bekas pemain pertahanan Ajax, PSV, Feyenoord dan Barcelona begitu juga skuad kebangsaan Belanda ketika karier sebagai pemain.

Malah pengendali Belanda itu membawa pasukannya layak beraksi di Euro 2020.

Bagaimanapun, kejohanan itu dianjakkan pada 2021 kerana Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mei 2020 @ 7:06 AM