RONALDO tinggal di banglo miliknya bersama teman wanita, ibu dan anak-anaknya. FOTO Agensi
RONALDO tinggal di banglo miliknya bersama teman wanita, ibu dan anak-anaknya. FOTO Agensi
Agensi

CRISTIANO Ronaldo mungkin antara individu paling selesa tinggal di rumah selepas hampir kesemua penduduk dunia menghadapi krisis pandemik Covid-19 ketika ini.

Bintang Portugal berusia 35 tahun itu ketika ini menjalani tempoh kuarantin bersama teman wanita, Georgina Rodriguez; anak-anak dan ibunya, Dolores di sebuah banglo di Madeira.

Banglo tujuh tingkat itu siap sepenuhnya pada musim panas lalu, empat tahun selepas bekas bintang Manchester United itu membeli sebuah gudang sebelum mengubahnya kepada sebuah banglo eksklusif.

Difahamkan Ronaldo membelanjakan sekitar £7 juta (RM37.6 juta) untuk membina banglo itu yang mempunyai pemandangan menarik di tepi laut serta dilengkapi dengan dua kolam renang bersaiz olimpik serta padang bola sepak.

Pada tahun lalu, selepas banglo itu siap sepenuhnya, Ronaldo berpindah bersama ibu dan abangnya, Hugo yang turut menguruskan Muzium CR7 berhampiran kediaman mereka itu.

Tidak dapat dipastikan berapa jumlah bilik dan bilik air namun difahamkan terdapat empat tingkat di bawah tanah.

Di tingkat paling atas terdapat kolam renang yang menyaksikan Ronaldo kerap menggunakannya sepanjang tempoh kuarantin.

Ditingkat bawah pula terdapat garaj yang mampu memuatkan sebanyak lima buah kereta.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 April 2020 @ 10:06 PM