ANAK sulung Ronaldo, Cristiano Ronaldo Jr teruja memandang Lautan Atlantik. FOTO Instagram @GEORGINAGIO
ANAK sulung Ronaldo, Cristiano Ronaldo Jr teruja memandang Lautan Atlantik. FOTO Instagram @GEORGINAGIO
Agensi

CRISTIANO Ronaldo menjalani proses kuarantin di kediaman mewah menghadap Lautan Atlantik lengkap dengan kolam mandi terbuka di tempat kelahirannya, Madeira.

Teman wanitanya, Georgina Rodriguez berkongsi beberapa foto menarik ketika mereka mengurungkan diri daripada wabak koronavirus selepas terbang dengan jet peribadi ke pulau itu pada awal pagi Isnin lalu.

Georgina memuat naik foto kolam mandi di atas bumbung kediaman tujuh tingkat yang baru dibeli pasangan itu menunjukkan anak sulung Cristiano, Cristiano Ronaldo Jr teruja memandang laut.

ALANA di atas sofa mewah.  FOTO Instagram @GEORGINAGIO
ALANA di atas sofa mewah. FOTO Instagram @GEORGINAGIO

Dia kemudiannya menayangkan foto terbaru anak perempuan mereka, Alana berehat di atas sofa yang berlatar belakang pemandangan memukau Lautan Atlantik.

Rakan sepasukan Ronaldo, Daniele Rugani yang berkongsi bilik dengan bintang berusia 35 tahun itu didapati positif Covid-19 minggu lalu selepas Juventus menewaskan Inter Milan 2-0 dalam stadium tertutup.

Kelab Serie A itu mengesahkan semua yang terbabit kontak dengan Rugani menjalani proses isolasi termasuk Ronaldo yang tidak akan kembali ke Itali buat masa ini sehingga situasi mengizinkan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mac 2020 @ 10:32 AM