RUGANI yang bukan pemain utama, sudah beraksi sebanyak tujuh kali musim ini termasuk dua penampilan bulan lalu. FOTO AFP
RUGANI yang bukan pemain utama, sudah beraksi sebanyak tujuh kali musim ini termasuk dua penampilan bulan lalu. FOTO AFP
Reuters

PERTAHANAN Juventus, Daniele Rugani berkata dia berada dalam keadaan stabil, selepas kelabnya mengesahkan dia positif Covid-19, iaitu pemain pertama Serie A dijangkiti virus berkenaan.

Kelab gergasi Eropah itu dibarisi pemain terbaik dunia sebanyak lima kali, Cristiano Ronaldo, yang sekarang ini berada di kampung halamannya di Madeira.

“Anda sudah membaca berita, jadi saya mahu memberitahu semua orang yang risau mengenai saya, saya ok,” katanya dalam akaun Twitter.

Rugani mahu semua orang menghormati peraturan ditetapkan kerana virus berkenaan tidak mengenal mangsa.

“Mari kita cegah perkara ini untuk diri sendiri, orang tersayang dan siapa saja yang berada di sekeliling kita,” katanya.

Rugani, yang bukan pemain utama, sudah beraksi sebanyak tujuh kali musim ini termasuk dua penampilan bulan lalu.

Dia memanaskan bangku simpanan dalam aksi menentang Inter Milan Ahad lalu.

Sumber terdekat berkata seluruh skuad dikenakan kuarantin selama dua minggu, ini bermakna mereka tidak dapat beraksi menentang Lyon dalam aksi kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Selasa depan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2020 @ 7:31 PM