Aksi Ozil bersama Arsenal. FOTO File Agensi
Aksi Ozil bersama Arsenal. FOTO File Agensi
Agensi

BINTANG Arsenal, Mesut Ozil berkongsi gambar bayi perempuannya, Eda buat pertama kali selepas isterinya melahirkan anak pasangan itu.

Perancang tengah itu, berkongsi gambar hitam putih yang penuh makna di sosial media peribadinya, di mana dia kelihatan mendukung bayi perempuannya sambil mencium dahi isterinya yang juga bekas Ratu Cantik Turki, Amine Gulse.

Ozil dan Gulse ketika ini menjalani tempoh kawalan pergerakan susulan pandemik Covid-19 dan pasangan itu gembira apabila Eda dilahirkan dalam keadaan sihat.

Kenyataan bersama gambar keluarga, Ozil mencatat : “Terima kasih Tuhan bayi perempuan kami Eda dilahirkan dalam keadaan sihat. Semoga Tuhan memberikan anak yang baik dalam kehidupan persekitaran yang baik buat semua.”

Pasangan itu berkahwin di Turki tahun lalu dan kini bersedia memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Ozil bersama isteri dan bayi perempuannya. FOTO Mesut Ozil
Ozil bersama isteri dan bayi perempuannya. FOTO Mesut Ozil

Detik cemas diharungi pasangan itu ketika Gulse mengandung tiga bulan apabila dia, Ozil dan rakan sepasukan Arsenal, Sead Kolasinac menjadi sasaran perompak bersenjata ketika berada di dalam sebuah kereta di London.

Namun gambar keluarga terbaharu mereka itu menggambarkan mereka sudah melupakan segala kisah hitam dan berdoa ke arah kehidupan yang lebih baik pada masa depan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2020 @ 3:06 PM