GELAGAT  McIlroy meraikan kejayaan di  Ponte Vedra Beach, Florida.  - FOTO Agensi
GELAGAT McIlroy meraikan kejayaan di Ponte Vedra Beach, Florida. - FOTO Agensi
AFP

RORY McIlroy meraikan Hari Saint Patrick dengan menjuarai Kejohanan Pemain-Pemain dengan kelebihan satu pukulan untuk kejuaraan pertamanya tahun ini.

Pemain Ireland Utara berusia 29 tahun itu melakukan dua bawah par 70 untuk bangkit daripada permulaan lembab di TPC Sawgrass dan mencipta enam birdie berbanding dua bogey dan bogey berganda untuk mengatasi pemain veteran Amerika Syarikat, Jim Furyk dengan 16 bawah par.

Kemenangan itu membolehkan McIlroy mengaut $2.25 juta (RM9.20 juta) sekali gus persiapan terbaik menghadapi The Masters di Augusta bulan depan yang juga sasarannya untuk melengkapkan karier grand slam.

Perlawanan awal pagi tadi tidak mudah buat McIlroy yang terpaksa bergelut untuk memburu kejuaraan.

Bogey di lubang ke-14 menyebabkan McIlroy ketinggalan tetapi dia bangkit dengan birdie pada lubang ke-15 dan 16 untuk mendahului satu pukulan.

Juara empat kejohananutama berusia 29 tahun itu kemudiannya menamatkan perlawanan dengan dua par untuk kejuaraan ke-15 Jelajah PGA AS .

McIlroy berkata, pengalamannya dalam jelajah tahun ini yang menyaksikan dia menamatkan saingan dalam kelompok lima teratas banyak membantunya menjuarai kejohanan ini.

"Saya rasa semua pengalaman ini membantu saya awal tahun ini,” kata McIlroy.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mac 2019 @ 11:09 AM