MESSI meraikan gol kemenangan selepas menyempurnakan penalti pada minit ke-81 ketika berdepan Sociedad awal pagi tadi. FOTO AFP
MESSI meraikan gol kemenangan selepas menyempurnakan penalti pada minit ke-81 ketika berdepan Sociedad awal pagi tadi. FOTO AFP
AFP

QUIQUE Setien mengakui Barcelona tidak pernah hilang keyakinan walaupun memerlukan sepakan penalti pada saat akhir perlawanan yang disempurnakan Lionel Meesi untuk mengalahkan Real Sociedad 1-0 di Nou Camp.

Jaringan ke-24 Messi untuk musim ini dan kelima daripada empat perlawanan, sudah cukup untuk menyelamatkan Barca walaupun persembahan dipamerkan hampir mengundang kekecewaan seperti hujung minggu lalu apabila tumpas kepada Real Madrid.

Ketegangan di Nou Camp, menyaksikan ada peminat mengherdik tanda tidak puas hati, sehingga memaksa Jordi Alba memberi reaksi dengan menunjukkan jarinya ke telinga ketika meraikan gol yang dibatalkan kerana ofsaid pada lewat permainan.

“Kami masih belum hilang keyakinan mengenai apa yang kami lakukan. Penyokong ada kalanya tidak menjangkakan apa halangan yang dibuat pasukan lawan namun anda harus menyedari bahawa Real Sociedad adalah pasukan hebat,” kata Setien.

“Saya menghormati penyokong namun mereka juga harus menghormati saya. Tidak ada siapa yang suka kalau diherdik walaupun ia berbaki 15 minitdan ketika itu kedudukan 0-0,” kata Alba.

Madrid tergelincir ke tangga kedua liga namun mampu kembali di puncak semula dengan kelebihan satu mata jika berjaya menumpaskan Real Betis awal pagi esok.

Barca memperoleh sepakan penalti selepas Video Bantuan Pengadil (VAR) memutuskan bola terkena tangan Robin Le Normand pada minit ke-81 dan Messi tidak berdepan masalah melaksanakan tugas berkenaan.

Sementara itu, Atletico Madrid pula mencatatkan keputusan seri 2-2- ketika berdepan Sevilla.

Atletico Madrid will hope for a tighter contest against Liverpool in the Champions League on Wednesday than their frantic 2-2 draw earlier on Saturday against Sevilla.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mac 2020 @ 8:01 AM