WILDER (kiri) dan Fury bakal berentap pada 22 Februari depan. FOTO Agensi
WILDER (kiri) dan Fury bakal berentap pada 22 Februari depan. FOTO Agensi
AFP

PERTARUNGAN semula di antara penyandang gelaran heavyweight Majlis Tinju Dunia, Deontay Wilder menentang Tyson Fury pada 22 Februari depan bakal berlangsung di MGM Grand, Las Vegas, umum penganjur, hari ini.

Top Rank dan Premier Boxing Champions berkata, tiket pertarungan paling mencuri tumpuan itu mula dijual esok dengan venue telah ditentukan.

"Saya gembira pertarungan semula akhirnya menjadi kenyataan,” kata Wilder.

Petinju Amerika Syarikat itu menewaskan Luis Ortiz dengan keputusan KO pusingan ketujuh pada 23 November di Las Vegas sekaligus memperbaiki kemenangan kepada 43-0.

"Saya mahu memberikan penyokong apa mereka mahukan. Saya melakukannya pada tiga aksi terakhir, -- Fury, (Dominic) Breazeale dan Ortiz," katanya,

"Terdapat beberapa insiden --- bermula ketika berjalan masuk di mana saya mendapat semua kekuatan daripada penyokong sehinggalah pakaian saya bagi membantu menyebarkan tenaga. Kemudian saya memenuhi tujuan mereka datang ke sini -- knockout dan KO saya mengagumkan.”

Wilder dan Fury seri menerusi keputusan berbeza ketika bertarung pada Disember lalu di Los Angeles.

Bekas juara dunia, Fury mendahului sebelum dia dijatuhkan petinju Amerika itu pada pusingan kedua.

"Saya bersedia ke gelanggang semula. Ia pertarungan kontroversi. Saya berjanji kepada penyokong tidak akan ada lagi kontroversi selepas ini, saya akan menamatkannya."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Disember 2019 @ 11:54 AM