MANE muncul Pemain Terbaik Afrika 2019. FOTO Agensi
MANE muncul Pemain Terbaik Afrika 2019. FOTO Agensi
Agensi

SADIO Mane mendedahkan faktor utama kejayaan dia berada di puncak dunia bola sepak dan menjadi nadi utama dalam skuad Liverpool.

Penyerang Senegal itu muncul Pemain Terbaik Afrika 2019 bulan lalu selepas membantu Reds menjuarai Liga Juara-Juara pada Jun.

Dalam 36 aksi Liga Perdana tahun lalu, Mane menjaringkan 24 gol dan enam bantuan gol dengan skuad Jurgen Klopp kini berkelebihan 22 mata di puncak selepas muncul naib juara kempen 2018-19.

Mane yang berpindah ke Anfield dari Southampton pada 2016 menegaskan sokongan padu rakan dan keluarga di kampung Bambali antara punca peningkatan prestasinya.

"Saya tak boleh gambarkan betapa sokongan mereka telah memotivasikan semangat saya. Mereka kerap menekan saya,” kata Mane yang memulakan karier di Perancis bersama kelab Metz,” katanya dalam laman web rasmi Liverpool.

"Jika anda melihat mereka, sudah pasti anda akan menekan diri anda untuk membuatkan mereka bangga kerana itulah satu-satunya kepuasan buat mereka. Saya perlu membayar balik apa yang telah mereka lakukan terhadap saya.

"Saya fikir ada sesuatu yang istimewa di kampung itu kerana terdapat beberapa pemain hebat tetapi mereka tidak pernah berjaya.

"Ketika saya sampai di Perancis dan beraksi di liga kedua, penduduk kampung tidak pernah berpeluang menyaksikan liga kedua, jadi setiap orang sangat gembira apabila menonton saya di kaca TV buat kali pertama.

"Mereka mendoakan saya setiap hari untuk sampai ke peringkat ini kerana mereka berasa bangga. Begitu cepat masa berlalu dan ketika saya makin bermotivasi, mereka juga turut gembira melihat saya semakin maju dalam bola sepak. Saya fikir saya perlu korbankan diri saya untuk membanggakan mereka."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Februari 2020 @ 11:05 PM