Sebastian Vettel (kanan) dan Charles Leclerc pemandu Ferrari. FOTO AFP
Sebastian Vettel (kanan) dan Charles Leclerc pemandu Ferrari. FOTO AFP
AFP

PENGURUS pasukan Ferrari, Mattia Binotto menegaskan Sebastian Vettel kekal pilihan utama pasukannya untuk musim mendatang di sebalik laporan menyatakan Lewis Hamilton mungkin menyertai pengeluar dari Itali itu musim depan.

"Seb adalah pilihan utama, taruhan kami," kata Binotto ketika majlis memperkenalkan jentera baharu pasukan itu SF1000 bagi musim 2020 di Reggio Emilia dekat Utara Itali.

Prinsipal Pasukan Ferrari, Mattia Binotto (kanan) bersama pegawai dan pemandu Ferrari pada majlis memperkenalkan jentera baharu. FOTO AFP
Prinsipal Pasukan Ferrari, Mattia Binotto (kanan) bersama pegawai dan pemandu Ferrari pada majlis memperkenalkan jentera baharu. FOTO AFP

Vettel, 32, menyertai Ferrari pada 2015 dan kontrak pelumba Jerman itu dijangka berakhir pada penghujung musim akan datang begitu juga juara dunia, Hamilton bersama Mercedes.

"Kami memberi tumpuan kepada pelumba. Kami tidak memikirkannya buat masa ini," tambah Binotto.

"Kami bercakap mengenai Seb dan kami akan mengambil masa yang diperlukan. Kami memberi tumpuan kepada kereta dan ujian ini. Akan ada masa untuk perkara lainnya."

"Saya fikir adalah lebih baik memberi tumpuan kepada perkara sekarang dan detik yang sudah berlalu akan berlalu," kata Vettel, menunjukkan kereta baharu Ferrari.

"Kami akan mempunyai masa," tambahnya.

Pemandu kedua Ferrari, Charles Leclerc melanjutkan kontrak bersama Scuderia sehingga 2024.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Februari 2020 @ 8:27 AM