Mustaza (tiga dari kiri) menyampaikan medal kepada pasukan karatedo UiTM.
Mustaza (tiga dari kiri) menyampaikan medal kepada pasukan karatedo UiTM.

PASUKAN karatedo Universiti Teknologi Mara (UiTM) dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan pada Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) Fasa 1 2020 di Perlis.

UiTM Cemerlang dengan mengutip 3 Emas 2 Perak 2 Gangsa mengatasi Universiti Malaya di tempat kedua.

Mohamad Adam Afeeq Mohd Azlee, Siti Hajar Mohd Azhat, dan Syahmi Fandi bertindak cemerlang dengan menyumbang emas bagi Pasukan UiTM dalam kategori masing-masing.

Jurulatih UiTM, Syarulniza Abdul Jamie berkata dia amat berpuas hati dengan kejayaan pasukan karatedo pada edisi kali ini kerana kejohanan ini adalah pertama kali dia bersama pasukan UiTM.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Sukan UiTM Shah Alam, Mustaza Ahmad, di Dewan Semarak UiTM.

Sukan Masum Fasa 1 berlangsung di UiTM Perlis bermula 31 Januari hingga 6 Februari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Februari 2020 @ 9:48 PM