JOHNSON berlatih menjelang Kejohanan Juara-Juara di Kapalua Plantation Course, Hawaii. — FOTO AFP
JOHNSON berlatih menjelang Kejohanan Juara-Juara di Kapalua Plantation Course, Hawaii. — FOTO AFP
Reuters

DUSTIN Johnson akan beraksi kejohanan individu pertama dalam tempoh empat bulan pada Kejohanan Juara-Juara di Hawaii awal pagi esok, teruja untuk menambah koleksi kemenangan miliknya.

Pada usia 35 tahun dan menjelang musim ke-13 dalam jelajah AS, Johnson mengumpul 20 kejuaraan Jelajah PGA AS, namun dia memikirkan patut menang sekali ganda berbanding jumlah itu.

Tahap permainan konsistennya mengagumkan – 96 penamat 10 teratas dalam 261 kejohanan – namun beberapa peluang disia-siakan terutama pada kejohanan utama, membuatkannya lebih dahagakan kejuaraan.

“Saya tahu dengan keupayaan diri dan saya tahu apa yang diperlukan untuk menang di luar sana,” kata bekas pemain nombor satu dunia hari ini.

JOHNSON (dua kanan) menyertai majlis menanam pokok menjelang Kejohanan Juara-Juara. — FOTO AFP
JOHNSON (dua kanan) menyertai majlis menanam pokok menjelang Kejohanan Juara-Juara. — FOTO AFP

“Bagi saya tahun yang berjaya adalah dengan menang tiga atau empat kejohanan dan bertanding dalam semua kejohanan utama, meletakkan diri saya di posisi untuk menang setiap minggu.”

Pemain Amerika Syarikat itu berpeluang cerah menambah kejuaraan ke-21 minggu ini dengan ketiadaan Brooks Koepka, Tiger Woods dan Rory McIlroy, yang memilih untuk berehat.

Koepka masih memulihkan diri daripada kecederaan lutut, Woods bercuti selepas mengemudi kejayaan AS menjuarai Piala Presiden tiga minggu lalu manakala McIlroy turut berehat selepas jadual hujung musim agak padat dalam Jelajah Eropah.

Johnson akan diuji 33 pemain lain pada kejohanan yang terhad kepada pemenang dalam Jelajah PGA bagi tempoh setahun terakhir.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 January 2020 @ 1:37 PM