Freddie Ljungberg. FOTO Reuters
Freddie Ljungberg. FOTO Reuters
Reuters

PENGURUS sementara Arsenal, Freddie Ljungberg berkata pasukan itu masih berpeluang menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris dalam kelompok empat teratas walaupun seri 2-2 di Norwich City semalam.

Keputusan itu sekali gus melanjutkan rentetan tanpa kemenangan dalam enam perlawanan liga.

Bekas pemain tengah Gunners, Ljungberg yang mengambil alih tugas buat pertama kali selepas pemecatan Unai Emery pada Jumaat dan menyaksikan kapten pasukan Pierre-Emerick Aubameyang meledak dua gol buat pasukannya.

Ada banyak perkara positif buat pengendali berusia 24 tahun Ljungberg tetapi masalah barisan pertahanan Arsenal tidak mengecualikannya ketika pasukan bergelut menghukum pelawat dengan gol menerusi Teemu Pukki dan Todd Cantwell pada separuh masa pertama.

Arsenal yang berada di tangga ke lapan liga mengharungi rekod tanpa kemenangan liga terpanjang pada musim tertentu sejak 1994 dan ketinggalan tujuh mata daripada pasukan di tempat keempat Chelsea.

“100 peratus,” kata pengendali dari Sweden itu apabila ditanya mengenai peluang Arsenal untuk kekal bersaingan dalam kelompok empat terbaik.

“Ramai yang tercicir mata di sana dan sini dan kami juga tercicir mata, ia liga yang sangat gila buat masa ini. Saya harap dan rasa Arsenal boleh menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas.”

Ljungberg berkata dia memerlukan sekurang-kurangnya lima atau enam minggu untuk mendapatkan idea daripada pemain tapi dengan perlawanan di gelanggang sendiri berdepan Brighton & Hove Albion pada Khamis sebelum kunjungan ke West Ham United pada Isnin berikutnya menyebabkan dia tidak mempunyai masa berbuat demikian.

Selepas Aubameyang menjaringkan gol kedua penyamaan pada separuh masa kedua ia kelihatan seperti Norwich berpeluang mencatat kemenangan dalam perlawanan yang agak terbuka.

“Kami mempunyai masalah dalam pertukaran, dan itu adalah apa yang akan saya cuba perbetulkan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Disember 2019 @ 10:41 AM