Salah (kiri) mendapat pujian Jesus. FOTO REUTERS
Salah (kiri) mendapat pujian Jesus. FOTO REUTERS
Agensi

PENYERANG Manchester City dan antarabangsa Brazil Gabriel Jesus memuji pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah dengan menyifatkannya pemain berkualiti.

Liverpool kini menghuni tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 34 mata selepas 12 perlawanan, sembilan mata di depan musuh ketat Manchester City.

Rekod Salah baru-baru ini dibandingkan dengan Jesus ketika Liverpool menang 3-1 ke atas Manchester City, dua minggu lalu.

Jesus memuji Salah tetapi mendakwa harapan Manchester City untuk mencabar gelaran EPL masih belum berakhir biarpun wujud jurang sembilan mata antara dua pasukan terbabit.

“Salah membuktikan kualiti dimilikinya sejak dua musim lalu dan dia menjaringkan banyak gol,” kata Jesus.

“Saya tidak berlatih bersamanya tetapi saya tahu dia adalah pemain memiliki kualiti.

“Saya rasa masih terlalu awal untuk berkata apa-apa mengenai kata-kata harapan gelaran City sudah berakhir sedangkan saingan musim baru bermula”.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 November 2019 @ 2:48 PM