REAKSI pemain  Leicester  selepas tamat perlawanan di  Selhurst Park. - FOTO Reuters
REAKSI pemain Leicester selepas tamat perlawanan di Selhurst Park. - FOTO Reuters
Reuters

JARINGAN Caglar Soyuncu pada babak pertama dan percubaan lewat babak kedua oleh Jamie Vardy membolehkan Leicester City menang 2-0 di Crystal Palace dan melonjak kembali ke tangga ketiga Liga Perdana, sebentar tadi.

Pemain pertahanan tengah Turki, Soyuncu memecah kebuntuan jaringan dalam perlawanan di Selhurst Park menerusi tandukan selepas mendapat hantaran James Maddison pada minit ke-57 sekali gus gol pertamanya bersama The Foxes.

Vardy kemudiannya menjaringkan gol ke-10nya dalam aksi liga musim ini pada minit ke-88 untuk mengesahkan kemenangan ketiga berturut-turut buat Leicester.

Selepas membelasah Southampton 9-0 minggu lalu, Leicester meneruskan penguasaan dan meraih 23 mata daripada 11 perlawanan, dua mata di belakang Manchester City.

Palace yang boleh melonjak ke tangga kelima jika menang, bergelut mencipta peluang dan kini menduduki tangga kesembilan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 November 2019 @ 12:29 AM