NELLY menjulang trofi kejuaraan di  New Taipei City. - FOTO EPA
NELLY menjulang trofi kejuaraan di New Taipei City. - FOTO EPA
AFP

PEMAIN Amerika Syarikat, Nelly Korda meraih kejuaraan kedua berturut-turut selepas menjuarai Kejohanan LPGA Taiwan dengan menewaskan dua pemain dalam aksi playoff untuk trofi keduanya tahun ini.

Nelly, 21, mempertahankan kejuaraan apabila mengatasi saingan pemain Australia, Minjee Lee dan pemain Jerman, Caroline Masson dalam aksi playoff selepas ketiga-tiga mereka menamatkan permainan dengan catatan 18 bawah par 270.

Nelly mendahului tiga pukulan mengatasi Lee yang juga naib juara tahun lalu pada pusingan ketiga tetapi bergelut pada hari terakhir dengan melakukan tiga birdie dan lima bogey untuk mara ke playoff.

“Perlawanan sangat dramatik, agak lebih sukar daripada saya jangka tetapi gembira dapat mengatasinya. Saya sangat gementar sebenarnya kerana ini aksi playoff pertama saya,” katanya.

Nelly meraih kejuaraan LPGA pertama di sini tahun lalu untuk menyertai kakaknya, Jessica sebagai pemenang kejohanan sekali gus meneruskan tradisi keluarga cemerlang sukan dipelopori bapa mereka, Petr yang menjuarai Grand Slam menerusi sukan tenis.

Nelly yang kini menduduki ranking kelapan dunia kali pertama menjuarai LPGA Terbuka Australia pada Februari lalu untuk trofi sulung tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 November 2019 @ 9:15 PM