Erik ten Hag (tengah) yakin mampu atasi Chelsea. FOTO AFP
Erik ten Hag (tengah) yakin mampu atasi Chelsea. FOTO AFP
AFP

ERIK ten Hag menegaskan bahawa Ajax sudah pun melupakan kekecewaan Liga Juara-Juara ketika mereka bersiap sedia membawa prestasi hebat mereka pada awal musim untuk menghadapi cabaran skuad muda Chelsea.

Tempat juara Belanda ke final musim lalu dirampas pada saat akhir oleh Tottenham Hotspur dan kehilangan bintang seperti Frenkie de Jong dan Matthijs de Ligt pada musim panas tetapi ia tidak menghalang kebangkitan semula mereka sebagai kuasa Eropah.

Ajax mendahului Kumpulan H selepas memenangi dua perlawanan Liga Juara-Juara 3-0, ke atas Lille dan Valencia.

Mereka kini mara dengan lebih semangat berdepan Chelsea dengan harapan dapat mengulangi pencapaian musim lalu yang menyaksikan mereka menewaskan Real Madrid dan Juventus sebelum tewas kepada Spurs dalam kelompok empat terakhir.

“Kami perlu lupakan musim lalu sekarang kerana kami hidup pada masa hadapan. Kita hidup sekarang dan sekarang kami perlu mempamerkan permainan kami,” kata Ten Hag menjelang aksi di Johan Cryuff Arena awal pagi Khamis.

“Tahun lalu adalah tahun lalu, kami membentuk pasukan yang baru. Kami memulakan musim ini dengan baik dan berharap dapat terus berkembang dengan baik dalam setiap perlawanan.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Oktober 2019 @ 12:35 AM