AZMAN (lima dari kiri) bersama pemenang Kejohanan Boling MBSB. — FOTO MBSB
AZMAN (lima dari kiri) bersama pemenang Kejohanan Boling MBSB. — FOTO MBSB
Iskandar Shah Mohamed


PASUKAN Buletin Utama dari TV3 muncul juara Kejohanan Boling MBSB Bank Berhad-Media 2019 di U-Bowl, One Utama, Petaling Jaya, kelmarin.

Buletin Utama diwakili Sufri Yusop, Zulfakhri Mutalib dan Hazwan Alias dinobat sebagai juara selepas melakukan 1,485 jatuhan pin pada pertandingan dua pusingan itu sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,500.

Naib juara kejohanan diraih pasukan RTM Endgame dengan jatuhan pin 1,464 manakala pasukan Boleh Strike dari Bernama di tempat ketiga mengumpul 1,406.

Acara tahunan anjuran MBSB Bank itu bertujuan merapatkan hubungan dan menghargai sumbangan media dalam membantu menyampaikan maklumat termasuk berkaitan produk serta perkhidmatan institusi kewangan itu kepada masyarakat.

PENGAMAL media yang menyertai Kejohanan Boling MBSB-Media di U-Bowl, One Utama. — FOTO MBSB
PENGAMAL media yang menyertai Kejohanan Boling MBSB-Media di U-Bowl, One Utama. — FOTO MBSB

Sebanyak 21 pasukan mewakili media cetak dan elektronik menyertai pertandingan itu termasuk Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times.

Acara yang disertai 60 pengamal media itu dirasmikan Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang.

Selain wang tunai, pemenang menerima pingat dan hamper yang disampaikan Ketua Jabatan Komunikasi MBSB Bank, Zuhaznim Izzuddin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 September 2019 @ 11:35 AM