LOGO rasmi Piala Dunia 2022 dipancarkan di bangunan Arkib Nasional di Doha, pagi tadi. — FOTO Reuters
LOGO rasmi Piala Dunia 2022 dipancarkan di bangunan Arkib Nasional di Doha, pagi tadi. — FOTO Reuters
AFP

QATAR melancarkan secara rasmi logo Piala Dunia 2022 di Doha dan di bandar raya utama seluruh dunia pagi tadi.

Logo dengan rekaan selendang Arab berwarna merah hati dibentuk seperti nombor lapan yang membawa simbol infiniti dan dicetak perkataan ‘PIALA DUNIA FIFA Qatar 2022’.

Ia dilancarkan di perkarangan bangunan Arkib Nasional dekat Bandar Msheireb lengkap dengan kawalan tentera berkuda sambil disaksikan ratusan hadirin.

Ia dipancarkan ke arah bangunan itu tepat pada jam 20:22 waktu tempatan – sebagai simbolik tahun penganjurannya pada 2022.

LOGO rasmi Piala Dunia Qatar 2022. — FOTO AFP
LOGO rasmi Piala Dunia Qatar 2022. — FOTO AFP

“Logo itu amat elegan dengan menampilkan budaya tempatan dihiasi warna yang ada di bendera Qatar,” kata pekerja Algeria, Mourad Bencheikh, 36, yang kagum menyaksikan pelancaran itu. “Orang ramai pasti akan menyukainya.”

Logo itu turut dilancarkan serentak di Madrid, Buenos Aires dan Beirut serta beberapa bandar raya utama dunia.

Pegawai rasmi Qatar berkata, rekaan logo itu diilhamkan daripada selendang tradisional warga tempatan yang lazim dipakai sepanjang musim sejuk.

Piala Dunia 2022 akan dilangsungkan dari November hingga Disember 2022 bagi mengelak suhu panas di negara teluk itu.

Logo rasmi Kejohanan Piala Dunia Qatar FIFA 2022 terpapar di papan elektronik di New York. FOTO AFP
Logo rasmi Kejohanan Piala Dunia Qatar FIFA 2022 terpapar di papan elektronik di New York. FOTO AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 September 2019 @ 10:44 AM