PASANGAN pengantin menunggu giliran untuk akad nikah. - AFP
PASANGAN pengantin menunggu giliran untuk akad nikah. - AFP
AFP

Jakarta: Sempena ketibaan tahun baru, lebih 500 pasangan menyertai perkahwinan beramai-ramai pada malam menjelang detik 12 malam ketibaan 2019, kelmarin.

Pejabat Gabenor Jakarta menganjurkan majlis perkahwinan itu dan semua pasangan tidak perlu membuat sebarang bayaran, malah turut memberi 500,000 rupiah (RM144) sebagai pembiayaan mas kahwin setiap pasangan Islam itu.

Pasangan pengantin terbabit daripada keluarga kurang berkemampuan yang biasanya tidak mempunyai dokumen rasmi, termasuk sijil kelahiran atau sijil perkahwinan.

Gabenor Jakarta, Anies Baswedan berkata, perkahwinan yang sah membolehkan ibu bapa serta anak mereka mendapatkan kemudahan awam, seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.

“Menjelang ketibaan tahun baru dipilih sebagai tarikh majlis itu kerana selain pengantin dan keluarga, semua orang, malah seluruh dunia meraikannya,” katanya.

JIMMY dan isteri pasangan paling muda berusia 19 tahun. - AFP
JIMMY dan isteri pasangan paling muda berusia 19 tahun. - AFP

Seorang pengantin, Rohilah berkata, dia gembira kerana kini berkahwin secara sah mengikut undang-undang negara dengan suaminya, Dahrun Hakim, dan mereka sudah mempunyai anak perempuan berusia empat tahun.

Kekangan kewangan menyebabkan pasangan itu hanya melakukan akad nikah lima tahun lalu, sesuatu yang tidak dianggap perkahwinan rasmi mengikut undang-undang Indonesia.

“Kini saya boleh membuat sijil kelahiran anak saya membolehkan dia diiktiraf undang-undang,” katanya.

ANTARA pasangan yang sertai  majlis anjuran Pejabat Gabenor Jakarta. - AFP
ANTARA pasangan yang sertai majlis anjuran Pejabat Gabenor Jakarta. - AFP

Pasangan tertua pada majlis itu ialah pengantin lelaki berusia 76 tahun dan pengantin perempuan 65 tahun manakala paling muda, pasangan berusia 19 tahun.

Majlis itu adalah yang kedua dianjurkan Pejabat Gabenor Jakarta menjelang tahun baru selepas kali pertama pada 2017.

Bagi menghormati mangsa tragedi tsunami di Selat Sunda, pertunjukan bunga api dibatalkan.

MARDIANTO, 76, dan Watinah, 65, antara pasangan paling tua. - AFP
MARDIANTO, 76, dan Watinah, 65, antara pasangan paling tua. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 January 2019 @ 12:00 PM